tekan untuk saya

Saturday 4 December 2010

kerana sehelai bulu mata

diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. dia dituduh bersalah kerana mensiakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. namun begitu dia keras membantah,

"tidak! demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. saya tidak pernah melakukan perkara itu.."

'tetapi saksi2 mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa"

orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. kemudian dia pon menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksud kan?? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

jawab malaikat. "inilah saksi2 mu.."

tiba2 mata berbicara, "saya yang memandang,"

disusuli dengan telinga, "saya yang mendengar perkara itu,"

hidung pon tidak ketinggalan, "saya yang mencium,"

bibir pon mengaku, "saya yang merayu,"

lidah menambah dengan berani, "saya yang menjilat dan menghisap,"

tangan tanpa malu meneruskan, "saya yang meraba dan meramas,"

kaki pula menyusul, "saya yang berjalan dan berlari semasa itu"

"nah!kalau dibiarkan kesemua anggota tubuh mu memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.

orang tersebut tak dpat membuka sanggahnya lagi. ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dlam neraka jahanam..

padahal dia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba2 terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata yang berbunyi, "saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

malaikat menjawab dengan tenang "silakan wahai si bulu mata,"

"terus terang sahaja menjelang ajalnya pada suatu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan

mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg di basahi dgan air mata, demikian itu diharam kan diri nya dari ancaman api neraka? maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga..


"LIHAT LAH HAMBA ALLAH INI MASUK KE SYURGA KERANA PERTOLONGAN SEHELAI BULU MATA..."


psst: ni aku copy paste je dari orang ye..sekadar berkongsi bersama :)


~noralina razali~