tekan untuk saya

Wednesday 14 September 2011

Bukan susah pon

Bukan susah nak amek hati perempuan...

Xpayah beg GUCCI, cukup skadar TANYA KHABAR setiap pagi pon dah buleh buat perempuan tersengih smpai ke telinge..

Xpayah jam GUESS, cukup dengan ungkapan 'SAYA SAYANG AWAK' pon dah leh buat hati perempuan berbunga2 setaman..

Xpayah kasut PRADA, cukup la cakap 'SAYA RINDU AWAK' dah buleh buat perempuan cair x tido malam..

Xpayah baju ZARA, cukup ungkapan 'SELAMAT MALAM' dah buleh buat perempuan bahagia sepanjang malam..

Xpayah minyak wangi DOLCE AND GABBANA, cukup dengan kejujuran hati dah buleh buat perempuan rasa diri nya orang yg paling bertuah di dunia..

Bukan susah sangat pon nak amek hati prempuan.. hanya lelaki yang benar2 ikhlas mampu melakukan nya..

~noralina razali~

Saturday 7 May 2011

Tanah, Air, Api, Angin...

Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.

Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas

  • Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

  • Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

  • Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

  • Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

p/s : Artikel ni ambil dari email utk dikongsi bersama, kebenarannya xdapat dipastikan.. Terima kasih.


~noralina razali~

Sunday 1 May 2011

entry suka2 aku gila!!X?!


Bile dengar orang tuh ada hajat nak nikah 2, terus dada aku sakit..
Dah lama aku tak rasa mcm ni.. Last dulu bila aku still ngn die.. Ini ke nama die cemburu? haiyaa.. gila aku mcm ni!

beza kan perasaan anda bila anda mendengar ini..

1. "............................... but, i love you.."
2. "I love you, but.................................."

Tgok, perkataan yg sama.. cuma di ubah kedudukan skit.. terus membawa makna yg lain kn.. haishhh..kesuk hati..
(Prempuan akan lebih gemar ganjil dari genap)

~noralina razali~

Sunday 24 April 2011

entry aku membebel.. blablabla..

haaaa..ni yang aku nak membebel ni.. aku tak suka la org yg mcm ni..dah banyak kali aku sabar.then kali ni mmg aku dah hilang sabar.. aku memang jahat pon.. so what?? ade ke aku kisah?? ahaha.. dah tuh sapa la suruh hang yg dok carik psal ngn aku dulu kn.. so kena la balik ape yg ko buat kat aku tuh.. aku pon buat balik kat ko lah.. skali dua aku diam kn diri jek.. kalo dah selalu sangat tuh faham2 la beb.. aku pon manusia juga.. aku jugak ade hak kesabaran ye.. aku bukan malaikat.. jangan sampai aku hilang respek kat ko.. tapi rasa mmg dah hilang jugak skit kot.. ahaha.. byak kali aku diam kn diri..tapi kali ni mmg aku dah meletop dah pon.. macam gunung berapi dah ni ha.. ahahaha.. so what.. dah ko tak reti nak jage perasaan aku.. so buat ape la aku nk jage perasaan ko kn.. betul x??betul x??betul x?? muahahaha.. >:))




HAISHHH!! HOT JE AKU RASA!!! GRRR~
~noralina razali~

Monday 18 April 2011

keajaiban perkataan 'maaf'...


Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.


Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.


Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.


Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.


Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah diastolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung rehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.


Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.



petik dari page orang.. dan tanam di page sendiri.. :p


~noralina razali~

Friday 15 April 2011

ketahui siapa diri kita..

Dulu nya kamu ialah air mani yang jijk..
Akan datang kamu akan menjadi bangkai yang busuk..
dan masa diantara dulu dan akan datang ini, kamu ialah manusia yang sentiasa membawa najis (tahi)..

siapa lah kita ni untuk menjadi bongkak?? kita semua sama sahaja..asal dari tanah yang dibawah..tak payah la nak sombong2 kn..sedikit muhasabah untuk sahabat2 yang dikasihi..:)


~noralina razali~

Wednesday 13 April 2011

bahaya bermuka buku





"Banyak orang mengaku addicted to Facebook. Tapi ternyata Facebook dapat mengundang bahaya."


hoho.. setelah aku buat kajian dalam2, nampaknya memang benar la ayat pernyataan di atas ini.. terutama skali bagi mereka yang tak berapa pandai IT macam aku dan mereka yg lurus bendul macam aku jugak.. haishh =_='

so, entry kali ni aku ade serta kan fakta dan bukti skali untuk menyokong kuat tajuk kita pada hari ini..ehem2~
moh kite tgok bahaye tak bahaye nye fesbuking nie yeeeerr..~



1. BUANG MASA!!

kebanyakan pengguna tegar fesbuk byak menghabiskan masanya dihadapan laptop, komputer, nset, dan alat2 yang sewaktu dengannya yang buleh mengakses fesbuk.. banyak masa yang terbuang begitu sahaja.. lagi2 bila seseorang tuh mengambil masa 45mnit unt memikirkan ayat2 mantop untuk mengupdate status nye..ishk2.. macam aku la tuh.. =_='


2.STATUS ANDA!!

hati2 bila nak buat status ye..pernah ade kes sorg isteri ni tukar relationship status die dari 'married' ke 'single'.. langsung dibunuh oleh sang suami.. erkkkk...sapa la yang tak marah kn..dah kawen tapi gatai mengaku single pulak..huhu.. tapi dalam kes ni aku terbalik skit.. gatai g buat status 'married'.. supaya tidak diganggu oleh budak2, pakcik2, atuk2, datuk2, ammu2, yang menggatai..hahaha *chewahhh badget hot jek :)) *
tapi telah terbukti keberkesanan cara ini..so buleh jadi pengikut aku tanpa segan silu dan ragu2..hehehh~


3.UPLOAD GAMBAR HOT2!!

haaaa...yang ni mmg sgat2 la bahaya..skrang ni zaman teknologi.. zaman photoshop.. macam2 orang leh buat kat gambar yang hot2 tuh..macam2 orang leh fitnah kite..sdangkn tok guru nik aziz pon di fitnah minum arak..ishk2.. pelik2 otak manusia skrg ni kn..ishk2.. baru2 plak ni aku terjmpe ade group pengumpul gambar awek bertudung.. ishk2..nama die pon aku dah takut..errrrr~


so nasihat aku sebelum korang nk upload gambar hot2 tuh sila lah tapis2 dulu ye.. or kalo gatai nak jugak upload pic hot tuh, sila lah private kn pic anda.. pesanan khidmat masyarakat :D


4.INFO SENDIRIK!!

yang ni kalo buleh jangan la jadi lurus bendul sangat ye.. g letak num telefon korang yg mahal tuh.. alamat pon xyah letak la..or letak negara je pon dah ok..xyah spesifik sgt..bukan nye org amek kisah pon.. unless orang tuh perangai die pelik..or senang2 buat mcam orang kat bawah ni..

kahkahkah!bengong betul keje sape la ni..haha XD


5.SCAMMERS!!

dengan gambar2 hot korang yang bersiri tu, memang akan memudah kan kerja encik scammers ni untuk meng'duplicate' acc la nmpak nye..huhhh..xde keje sungguh orang itu.. kalo die buat baik2 xpe jugak..buat nye die buat jahat2 cm ne?? tak ke kite pulak yang dapat nama busuk...haishh =_='


6.EMOSI YANG TERGANGGU!!


akibat dari ketagih kat fesbuk ni.. smestinya korang akan slalu tersengeh2 sorg di depan skrin laptop tuh sorg2 kn..lagi2 bila tgok macam2 karenah kat fesbuk tuh..so orang mgkin akan fikir anda sudah terputus wayar satu..dan takut untuk berkawan dengan anda..haaaaaaa~ tak ke sedih mcm tuh..sob2..T_T

dan yang pling akhir.....



7.PENIPUAN YANG BERLELUASA!!

semakin banyak la kes tipu2 dalam fesbuk ni.. bawah ni ade salah satu skrin yg smpat aku save.. ishk2. xtahu la aku.. kalo aku yang kena ni.. tak terkata dah ni.. SPEECHLESS!! aaa~


l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V



ishk2..kalo aku yang kena mmg tak terkata dah ni.. cian upin ipin tuh.. nasib bik xkena yg teruk2 sangat..hehehhh.. comey3 :)





so kesimpulan nye betul la kan,


"Banyak orang mengaku addicted to Facebook. Tapi ternyata Facebook dapat mengundang bahaya."

betul kan?? siapa yang setuju, sila angkat tangan macam awok..ngehngeh...




~noralina razali~

Friday 14 January 2011

SIAPA MAHU JADI KAYA??!!

salam.. lama sudah aku tidak menulis blog..haishh..sibuk laaaa.. hari-hari ade jek la exam yg doktor nk buat.. patho la..parasit la.. pharma la.. and forsure microb tiap-tiap hari isnin..haiyooo.. baru sekarang aku rase susah jugak nk jadi doktor ni..huhuhu.. korang doakan aku dpat pas ala tul ye.. minta di jauh kan lah aku dari mengulang tahun ni..bukan apa, aku tak sabar nak balik malaysia ni..tanah tempat tumpahnya darah ku..chewahhh!!heheee..

Okeh2!! straight to the point..sebenarnya entry kali ini aku buat sebab nak kongsi sikit sebanyak cara-cara nak jadi kaya. agaga..XD tak.tak. aku tipu jek.. ni sebenarnya aku nak bagi resipi cara-cara nak buat kaya (ala yang sapu dengan roti tu..slurppp!!). memandangkan dekat mesir ni memanglah takde nak jual kaya ni.. dan aku rasa negara lain pon macam xde jek. so, mari kita buat kaya...haha.. kepada kawan-kawan di malaysia sila tengok entry ni senyap2 okeh! jangan cakap ape2 sebab aku jeles malaysia tak yah susah nak kena buat..sob2!!

Then, here we go!!

barang yang diperlukan :

* 2 bijik telur
* gula
* tepung castard
* tepung jagung
* santan

cara nak buat :
  1. mula2, korang kena masak satu cawan gula atas api. agak2 die dah warna golden2 gituh, korang campur kan dengan satu cawan air juga. so skrang korang akan dapat air gula hangus.
  2. dalam bekas yang lain, korang pukul plak 2 bijik telur tadi sampai die betul2 kembang. agak dah kembang, campur kan satu cawan gula lagi dan kacau smpai sebati.
  3. sementara tu, korang siap kan santan. santan ni lagi pekat lagi sedap woo!!
  4. bekas lain lagi, bancuh 2 sudu tepung jagung dan 2 sudu tepung castard. air die xyah banyak2 sangat tau.agak2 die buleh di bancuh kire okey la tuh.
  5. then dalam periuk besar, korang masuk kan num 2,3,4 then last baru msuk kan yang num 1 tu. masak atas dapur dengan api yang kecik.
  6. SIAPPPPP!!!!!!

See.. senang kan.. semua barang buleh beli kat kedai.heee.. oh ya. ni resipi ni aku edit sikit supaya sesuai dengan penduduk mesir yang selalu mengidam nk makan kaya macam aku ni. so kawan2 mesir kalo pkai resipi ni pon dah sedap dah :)
tapi kalo korang nk tambah2 benda lain nk bagi lagi sedap pon buleh jek.. tambah pandan ke... sirap ke... vanilla ke.. durian pon sedap jugak wooo.. hehe.. NYAW..SELAMAT MENCUBA!!!


Ni la hasil aku.. walau pon tak cantik tapi still tak sakit perut bile makan taww~nghe~

~noralina razali~