tekan untuk saya

Saturday 4 December 2010

kerana sehelai bulu mata

diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. dia dituduh bersalah kerana mensiakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. namun begitu dia keras membantah,

"tidak! demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. saya tidak pernah melakukan perkara itu.."

'tetapi saksi2 mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa"

orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. kemudian dia pon menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksud kan?? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

jawab malaikat. "inilah saksi2 mu.."

tiba2 mata berbicara, "saya yang memandang,"

disusuli dengan telinga, "saya yang mendengar perkara itu,"

hidung pon tidak ketinggalan, "saya yang mencium,"

bibir pon mengaku, "saya yang merayu,"

lidah menambah dengan berani, "saya yang menjilat dan menghisap,"

tangan tanpa malu meneruskan, "saya yang meraba dan meramas,"

kaki pula menyusul, "saya yang berjalan dan berlari semasa itu"

"nah!kalau dibiarkan kesemua anggota tubuh mu memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.

orang tersebut tak dpat membuka sanggahnya lagi. ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dlam neraka jahanam..

padahal dia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba2 terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata yang berbunyi, "saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

malaikat menjawab dengan tenang "silakan wahai si bulu mata,"

"terus terang sahaja menjelang ajalnya pada suatu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan

mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg di basahi dgan air mata, demikian itu diharam kan diri nya dari ancaman api neraka? maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga..


"LIHAT LAH HAMBA ALLAH INI MASUK KE SYURGA KERANA PERTOLONGAN SEHELAI BULU MATA..."


psst: ni aku copy paste je dari orang ye..sekadar berkongsi bersama :)


~noralina razali~

Wednesday 13 October 2010

kalau lah dulu2 pon dah ade FACEBOOK....

kalau memang fesbuk dah wujud dari zaman tok kaduk lagi, mesti ini antara yang bakal berlaku.. hehehhh..aku curik dari forum ni.. ahahaha :))



layan je la..........hehehe :D
~noralina razali~



Monday 6 September 2010

3 permintaan ku..


kalo la ade lampu jin aladin kat dunia ni..akan aku mintak 3 permintaan ni..

1. aku akan mintak yg aku xpenah nk idup kat dunia ni..*so xkan la ade masalah unt aku dah kn*

2. aku akan mintak aku ni di robotkan.. supaya aku dah xpyah ade perasaan.. so xde la sape yg kena jage perasaan aku dah lepas ni..

3. aku akan mintak supaya aku ni bukan adik kepada sape2.. xde la sape yg kena takot dgan aku dah..

dah cukup..ni je 3 permintaan aku.. kalo ade sape2 yg ternmpak lmpu jin cepat2 gtau kat aku keh? hahaha..

~nor alina razali~

Sunday 8 August 2010

RAHASIA PEREMPUAN :)

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! haha

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. :">

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. haishh!!

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan!! dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. ;p

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. :D

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. :)

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa..


Entry kali ini adalah sekadar suka2 sahaja..tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..sekian.. salam hormat dari saya :)

~noralina razali~

Saturday 7 August 2010

nape terus diam aje??

assalamualaikum..huhu..rasa lama sangat tak update blog nie.. bukan nye apa..skrg ni aku busy sket la..tiap hari ade je 'invitation' dari akak n abang aku.. nak ajak g menabur kuman kata nye..hehe.. almaklumlah.. bila masing2 adik beradik dah dok terperap je kan study di negara masing2 9 bulan tu..*chewahhhh..ni satu penipuan..mcm la study 25 jam sehari kan...tetttt...*

esok pulak dah nk tolong cat umah (pagar je la tapi =_=').. haishhh..lagi la busy ni knknkn?? so kira aku ni buley la dimaaf kan kalo la tibe2 rase cm makin menyombonk pulak..maaf ya buk..:(
bukan nya apa..aku kesian tgok akak aku sorg tuh..dah 5 tahun tak dapat beraya ngn family kat mesia..ni baru la die dpat..tu pon seminggu je la tapi..cian die..sob2.. haaa..sebab tu la akak aku ni gah berKOBAR-KOBAR nk meng'touch up' umah ni..hehehe..

tu baru bulan sblum puasa punya cerita.. ni nanti bulan ramadan insyaallah aku n family nk tolong sepupu niaga kat bazar pulak..so mmg la xde wifi kat tempat bazar nnt..hehe..skali lagi aku menyepi lagi..oh ya..insyaallah tahun ni tlong niaga kat bazar pkns tau..sapa2 rase nak melawat, sila2 la dtang kat sane ye..hehe.. tapi aku bukan anak tokey kedai tau.. so xley nk bg ape2 free gift..nghe~

bulan raya pulak..hurm..ape plan ye?? jap2.. hurmmm....

haa..ape yg pasti aku nk jugak melawat kubur arwah nenek aku.. die meninggal dah 6 tahun dah..tapi terasa macam baru2 je dia pergi tu..rindu sangat kat arwah..alfatihah~
n untuk planning sterusnya belum difikir kan lagi..hehe.. ok la..dah kol 2.30pg dah ni..mcm ni la aku..betul2 dah jadi mcm vampire dah..mlam berjaga, siang membuta..ahaha.. takut matahari la kata kan..haha..ok nytiey kawan2.. wassalam..:)

~noralina razali~

Tuesday 6 July 2010

check list sblum balik


barang mama.. sudahhhhh
barang abah.. sudahhhhh
barang akak.. sudahhhhhh
barang abang.. ermmm..sudah la kot..:p
barang nua... insyaallah ade..:)
barang baby.. ade jugak..
barang kawan2.. ermmmmmm..........=_='


haishh..xsabar nye nk balik nie.. one day left.. tapi barang2 xsiap kemas lagi.. aduhhhh...bilik bersepah tak ingat.. dulu buleh bagi alasan nk exam.. skrg ni xtau nk reka alasan ape dah..nghehe~ ade sape baik hati x??*winkwink* :)

kepada mereka2 yang nak pulang ke tanah air tercinta tuh..saya doa kan semoga selamat pergi dan selamat smpai ke malaysia ye.. tapi nanti bile dah bukak kuliah jgan pulak terkemut2 macam siput sedut pulak..*curik ayat mama* hehe..:p

dan kepada rakan2 yang stay kat negeri asing tuh.pandai2 la jaga diri ye.. berhati2 kena lebih sikit..ye la nanti bilangan student malaysia mesti akan berkurang kan.. ape yang penting jangan keluar sorang2..!! *ayat penegasan*

kepada kawan2 di malaysia.. sila2 lah reserve satu hari korang untuk berhangout dengan saya ye..hehe.. bila vvvip balik malaysia kan..kena la bagi layanan baeeeekkk punya..!!ahaks~ XD
kepada kawan2 ex samttaj tuh..nanti raya kite wat ronda2 carik duit raye k?? :D

kepada kawan2 housemate(kak edy, yan).. t kte mnx tlong jage kn sella kejap buley? sblum bwak sella g cairo nnt.. mekasih..:p t kalo time2 nk pkai ape2 brg kite tuh pakai jek..:)
pada hana tarius.. me kasih byak sbb sudi tlong urus kan hal result kite nnt.. moga diberkati allah~ :) pada ana, me kasih sbb jage makan minum kite slama ni..syg ana!!

kepada akak kay umah atas.. ma kasih byak sbb tlong bwak kan sella g cairo nnt..me kasih byak..kite doa kan smoge akak n smua akak2 najjah exam..amin~

kepada sella turcica kucing ku di mesir.. nnt hang jage diri elok2..jgan nakal2 di umah orang. buat la mcm care menumpang di umah org.. jgan gaduh ngn kucing lain k..ina ttp syg sella.. t ina balik mesir balik kite main manja2 lagi yek.hehe..

kepada mama, abah, akak.. jgan lupe jnji nak amek ina kat airport.. t ina sentap krg..hehe... t kite g main ye..:) pada abang ina yg kat uk tuh..study elok2..focus exam dulu k..ina ttp tgu abg balik sbb nk main games baru abg..hehe.. to nua n baby, t ina balik korg jgan pulak buat2 busy..sepok krg..ahaha..

kepada kucing2 sekalian yg di shah alam.. tggu kepulangan ina eh..t kite main kejar2 lagi mcm tahun lepas..ehehe..

last skali pada diri sendiri..sile jangan lupe brang2 penting nk bwak balik malaysia k..dan nanti dah smpai malaysia sila jangan kemut2 nak balik mesir balik..eish2..>_<"

dah2... cukup panjang dah check list kali nie.hihi.. 8th july 2010.. 7.30pm(egypt time)..can't waitttt!!hehe.. adios amigos aku berambusss~

~noralina razali~


Tuesday 29 June 2010

F.R.I.E.N.D.S :)

kali ni xde ape pon nak ckap..hanye pic yang akan menceritakan segalanye..:)






oh tuhan.sangat beruntung saya dapat bertemu dengan semua sahabat2 saya ini..terima kasih banyak.. kalau nak di list kan mmg la tidak tertaip satu2 nama nye..harap maaf ye.. tapi jangan risau..entry kali ini khas dituju kan unt kamu..ya kamu..kamu yang sedang membace ini.. sayang kamu..hehe :)

~noralina razali~

Saturday 26 June 2010

ROKOK, MEROKOK, PENGOTOR, PENYAKIT, DUIT - BERHENTI!!



meh aku cite sket kisah & pengalaman aku…
sebelum ni ada kawan aku seorg perokok tegar @ heavy smoker..
2 kotak Marlboro besar sehari = 40 batang.. (katanya lah)


nk dijadikan cerita… pd akhir Mei 2007,
aku ajak boyfriend pergi la melawat dia yg kena kanser paru-paru di hospital..

wadnya di tingkat 4… terus aku masuk wad tu…


HALAMAK !!! takutnya aku…masing2 tunggu masa jek…
ada yg dada terbelah…
ada yg leher terbelah..
paip2 pernafasan ni ada yg terus masuk peparu..
ada laa dlm 100++ pesakit sempat laa aku melawat 15-16 pesakit
rata2… nak tunggu masa jek utk ‘dijemput’ semuanya berpunca dr MEROKOK !!!


berhampiran dgn bilik doktor tu…
adalah contoh peparu sebenar yg diambil dari mangsa kanser peparu yg dah meninggal dunia

ada yang tulis

- 10 Tahun = 10 btg sehari
- 10 Tahun = 20 btg sehari
- 10 Tahun = 30-50 btg sehari
- 20 Tahun, 30 Tahun, 40 Tahun, 50 Tahun


kat situ aku tgk keadaan peparu dan mengambil kira kawan aku hisap10 tahun = 20 batang (average)
sekali lagi…

HALAMAK !!!hitam dah peparu die…
terlintas pulak aku..
kadang kadang aku pon terhidu sekali asap rokok yang dia hembus tuh..
dah la boyfriend aku pon rokok jugak..
haishh..cam ne la paru-paru aku pulak..
kebetulan, ada seorg doktor lelaki kat situ..
aku tanya… camne nk bagi orang berenti rokok…
dia kata kena berenti terus…
bulatkan tekat, tetapkan tarikh dan berenti kalau step by step ni hanya berapa % jer yg berjaya

aku turun dr hospital
masuk kereta… amik rokok dlm dashboard kereta boyfriend aku..
terus campak dlm longkang..
sampai laa ke hari ni aku xbagi bf aku merokok dah..

genap 2 tahun

seminggu pertama aku tengok die dah cam org ketagih..
aku tetap bagi dia semangat… lebih2 lagi lepas dia sudah makan…
menggeletar jari2 dia aku tengok…
yer laa… sebelumnya 40 btg sehari…terus berenti…
lepas seminggu, demam teruk dia seminggu
sampai air2 hidung kluar sendiri x terkontrol…
btol2 mcm ketagih…

kat situ baru kita tau dan sedar
dlm diri kita ni ada 1 kekuatan..
bley kata iman la jugak..

Alhamdulillah, sampai hari ni…
dah 2 tahun dia berenti merokok..
dia teringin pun tidak… apatah lagi bau asap rokok
dia benci sgt… dia kata busuk nk mampos…
baru dia sedar patut la dulu masa isap rokok..
aku tak nak dok sebelah dia…hehe..
sekarang dia dah berenti…
kalau terserempak sebelah perokok
muncung mulut die..busuk giler…
hahahhaha

skrg aku rasa dia lagi sihat,
tak batuk2 dah..jari pon x kotor,
kalau dulu kuning2 kuku dia…(eww)
duit pon jimat lagi…

dan die dah x jadi org yg pengotor
dulu suka-suka je buang habuk & puntung merata2…

pastu dia pon dah x jd org yg x reti respek org…
dulu pakai isap ikut dan jek…
main hembus jer asap(perokok2 jgn laa terasa)

antara tips yang doktor kat hospital tu bagi mase dulu tuh…
insyaallah buleh tolong 'stop'kan tabiat merokok tuh..

tipsnya…

1. anggap rokok ni HARAM…
(ada ulama’ kata merokok hukumnya HARAM)
2. lepas makan jgn isap rokok…
apapun, kekuatan hati penting !!!


selamat mencuba dan teruskan beramal !!! hehehehhe

(Di petik dari page orang, di tanam di blog sendiri)




~noralina razali~

Wednesday 23 June 2010

I wish I could just disappear...



Ntah la.. Kali ni betul2 aku maksudkan nya. Huhu.. Masalah oh masalah sampai bila pon kau xpenah nk hilang kan.. Aku yang pening.. Tiap mase yang berlalu.. Tiap saat yg berganti.. Masalah bukan nak hilang.. Bah kan die makin bertambah pulak.. Haiyoo.. Mahu pecah kepala otak kalo ini macam..

Betul ke orang tu cakap aku ni keras hati?? Ye ke?? Ehh.. Ntah la.. Sebab aku memang xtahu perangai aku.. Orang sekeliling jek yang boleh kenal aku.. Tapi mungkin ade betul nye jugak.. Ari tuh pon mase tgok video ni aku tak menangis..(padahal time ni tengah jaga ego depan mama..hikhik..) :)

Ada orang pernah cakap kat aku.. "asyik saya je yang nak kena jaga hati awak.. abis hati saya siapa nak jaga pula??" Huhuhuhu.. Ok lepas ni insyaallah saya akan cuba jaga hati awak ye. Dan hati semua juga..

Cuma saya pon nak awak tahu.. Saya gelak2 luar ni, tapi tak semestinye hati saya tersenyum jugak kn.. Saya senang di luar, tapi hati sakit tak siapa yang tahu kan.. Semua nampak saya tenang, tapi perasaan kecil saya tak siapa yang tahu kan..

Saya banyak bersabar selama ini.. Cuma mungkin silap nya sebab saye bersabar dengan masalah sendiri.. Bukan masalah kita.. Sebab tu awak akan rasa saya ni keras hati.. Dah cukup saya bersabar.. Semua orang buleh kecik hati dengan saya.. Abes saya nak kecik hati dengan siapa pulak?? Semua orang buleh terasa dengan saya.. Abes saya nak terasa dengan siapa pulak?? Betul saya buleh jadi gila macam nie..

Cuba awak bayangkan di tempat saya.. Mula dari form 4.. Tiap2 hari, masalah pasti akan datang mencari saya.. Sampai la ke hari ini.. Cuba awak bayangkan betapa basahnya hati saya sekarang.. Awak mesti tak dapat bayangkan.. Sebab saya tak pernah nak bagitahu masalah saya pada awak.. Cukup la sekadar saya tanggung sorang2.. Saya tak nak susah kan awak..

Masihkah ada orang lagi yang buleh faham aku?? Atau aku harus menghilang macam tu je.. But if I were to die today would anyone miss me?hurmm..

~noralina razali~

Sunday 20 June 2010

jika aku jatuh hati..


Ya Allah..Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Seandainya engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dgn takdirmu
Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku
Ya Allah
Engkau saja yg maha mgetahui..

doa dari hambamu..
~noralina razali~

Friday 18 June 2010

malam pertama kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama..
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata..
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam dan Hawa..

Justeru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut..
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara..

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan..
Mandipun...harus dimandikan..
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya..
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan..
Kotoran dari lubang hidung dan dubur dikeluarkan..
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah zat Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu..

Setelah dimandikan..
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih..
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan..
Wangian ditaburkan ke baju Kita...
Bahagian kepala.. badan... dan kaki diikatkan..
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita..
Keranda pelaminan... telahpun tersedia..
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga..
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul..
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga..
Serta rasa haru para handai taulan..
alunan syahdu bersyairkan azan dan kalimah zikir..
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba dahulu..
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan..
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian..
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan..

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah..
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya..
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....


sekadar renungan bersama..:)
~noralina razali~

Tuesday 15 June 2010

JERAWAT!!!!



JERAWATTT?? Arghhh tidak!!!! Jerawat atau bahasa kampung die 'acne'. Sering dikatakan musuh utama cik akak.. Ye ke? Tapi rasa nye macam musuh untuk cik abang je jgak.. Betul x?nghe~


Diantara asbab jerawat timbul :
  • Kadar hormon 'androgen' yang meningkat lebih2 lagi semasa baligh.
  • Keturunan.
  • Kadang2 sebab terlebih stress juga. Dia akan menyebabkan penghasilan minyak dan sebum dikulit bertambah.
  • Keadaan persekitaran yang berhabuk, berminyak, dan ber'bacteria'..
  • Alat2 make up, pakaian ketat yang menutup liang saluran minyak pada kulit.(Jaga-jaga kepade sape2 yang suke sangat pinjam baju adik mereka tu ye..)


Langkah mengatasinya :
  • Antara waktu wajib untuk mencuci muka : awal pagi dan sebelum tidur.
  • Kurangkan penggunaan minyak rambut dan basuh rambut selalu.
  • Gunakan pakaian yang ringan dan tidak ketat. :)
  • Elakkan stress @ tenangkan minda.
  • Amalkan pemakanan seimbang. Lebihkan sayur2an dan buah2an.
  • Kerapkan basuh tangan.
  • Gunakan krim anti jerawat yang tidak menutup liang. Ada 2 solution terbaik 'salicylic acid' atau 'benzoyl peroxide'. Cari ubat jerawat yg ada tulis antara 2 ni.
  • Guna pencuci muka yang lebih kepada air bukannya minyak.

Makna di sebalik posisi jerawat anda :

Dahi :
suhu badan yang tinggi, peredaran darah yang tidak baik, minda dan badan terlampau letih. Selalunya orang ini bersikap baran.

Hidung :
masalah pada tulang belakang, sistem panghadaman tidak normal, boleh juga dikaitkan dengan sistem peranakan.

Dagu :
fungsi buah pinggang atau sistem endocrine yang terjejas.

Pipi kiri :
berkaitan dengan hati.

Pipi kanan :
berkaitan paru-paru yang tidak berfungsi dengan baik.

Badan :
sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit.


Kesimpulannya, islam itu merangkumi semua.

1. Cuba fikir2 kan salah satu kebaikan islam menyuruh umatnya berpakaian longgar ni kan.. Macam yang dah nyatakan kat atas 'pakaian yang ketat akan menutup liang kulit kita'.. :)

2. Islam juga telah menetapkan solat wajib 5 kali sehari semalam, dan waktu nya telah ditetapkan oleh Allah dengan sgt baik dan teratur. Setiap kali sebelum solat kita wajib lah menyucikan diri terlebih dahulu dengan mengangkat wuduk. Rukun wuduk ke-2 telah jelas menyuruh kita meratakan air ke seluruh muka. Yang mana antara langkah2 mengatasi masalah jerawat ni tadi. :)

3. Islam juga telah mengajar kepada kita alunan ayat2 alQuran dan zikir2 munajat yang sememangnya menjadi penenang kepada hati. Agama Allah ini juga banyak menekan kan sifat bersabar dalam kehidupan yang mana boleh mengelakkan stress. :)

4. Kebersihan itu sebahagian dari iman. Ia sentiasa mengajar kita untuk mencintai kebersihan. Dan salah satu asas menjaga kebersihan ialah 'mencuci tangan'. :)




~tamat entry kali ini~

*sebenanya idea ni datang sebab sekarang ni muka memang tengah kaw2 je naik jerawat nie..haishhh..=_="*

jerawat oh jerawat..nape la tumbuh kat muka aku ni?nape x pergi je kat muka si pembaca entry ni..hehehe..jangan marah haaa...:p

~noralina razali~