tekan untuk saya

Thursday 6 March 2014

The greatest thing that has ever happen to me, was finding you

Haaa lame nye x tulis blog ni. dah bersarang labah2 dah pon. urgh! biase la busy budak medik kn. lagi2 plak tahun akhir ni. nghee~ insyaallah tahun depan grad n nak keje. xsabar nak merase duit sndiri. yg plg pnting xsabar nak shoping! muahaha!!

sbenanye takde niat pon nak bukak blog ni. tpi sbb tibe2 hati rase meroyan sgat2 dan xtau nak cerita kat sape. so tu la asbab nye terbukak balik blog ni. hee walaupon tau xde sape pon yg bace tpi saje nk tulis jgak! xkire!! :p

"One day I caught myself for smiling for no reason, then I realize I was thinking of you."

sapela hamba allah yg buat aku meroyan ni?? nama die encik J (opkos nama betul dirahsiakan). die ni aku kenal dari fesbuk (kire mcm cinta muka muku la ni. ecewahh!) tapi actually die ni satu skola dgan aku mase skola rendah. hebat x?? biase la time tu yg smua org tgah hot2 main fesbuk, smua org dok add kawan2 lama kn. so aku pon add je la die. sbb aku kenal die kn (mane x kenal nye, org femes ni weih! pengawas je sokmo). tapi ofkos la kn die x ingat aku sape (actually aku ni dak2 low profile je. suka buat hal sndiri. hee) kawan punya kawan ntah mcm mane buleh tersgkut plak. heeee. sumpah aku pon xsedar bile mase aku pon tersuka die jgak. mula2 tu die ckap die suka. ingat kn main2 je. ye la sbb baru sgt kawan kn. menggigil kot bace msg die sbb terkejut sgt. haha. tpi tu la aku buleh plak terima die. mula2 tu risau jgak takut kena main je kn. huhu. tpi lama2, alhamdulillah aku tahu die mmg serius.

"When we 1st met. I honestly had no idea that u would be so important to me :)"

kisah kitorg ni, dalam mase setahun kenal mula2 tu just msg2 je. xde pon kol. xde pon jmpe (ye lah dah dok jauh kn :p). kire mmg cinta cyber je la ni. kire 1st time jmpe tu mase setahun lepas kenal, tu pon jmpe kat airport sbb die dtg amek. cube byang kn, dah la xpenah jmpe. tup2 die nak dtg amek kat airport. dah plak tu dtg skali dgn mama abah plak tu. segan kot! tapi xpe still control macho, buat2 xsegan. tapi dalam hati Allah je yg tahu. dudab2 jgak la.

kbetulan hari yg balik tu ramadan, so balik tu mama ajak g bazar, so die teman kn la skli kn. haaa part ni yg plg comel. nak kate die tu pye nervous mengalah kn aku. spnjang jmpe tu die pye berpeluh2 mengalah kn org bru balik joging. keh3. smpai mama pon tegur jgak. mula2 tu just ingat kn mmg die mcm tu. ye la kn mmg ade org yg jenis kuat peluh kn. kbetulan plak time tu mmg mcm agak panas tu. hee comel je org nervous smpai peluh2 ni. hihi. tu part yg comel. and part yg gentleman nye abes smua brg die nak tlong bawak kn. even tgan die dah penuh pon die still nak bwak jgak brg2 xnk bgi aku bwak ape2. heee. and ni smpai skrg die mcm ni. kalo keluar je smua bnda die nak tlong pgg. kdg2 risau plak nnt org fkir queen control plak. and lagi perangai die ni suka buat aku mcm princess, smpai kn pintu kereta pon die nak bukak. haiyaaa aritu mase tu mama ade. so segan la kn kalo die bukak kn depan mama, so aku bukak sndiri je la. tpi kena marah plak. aik? pelik x? hee. pdhal mama duduk blkg die kot. xde plak die nak tlong bukak kn mama. hehe smpai la skrg die ni buat mcm ni. even ade org lain ke xde org lain ke maintain je die layan aku mcm ni. hee. suka tu mmg la suka, tpi segan sbb sllu org ejek. hee

lagi perangai die ni, suka makesure aku cukup makan or even terlebih2 makan. haaaa yg ni nak nanges. ye la kalo keluar je mmg wajib la g makan kn. makan plak tu die suka je order byak2. siap ade side dish bagai smua. haaa tapi die xmakan pon. so nak xnak aku la kena abes kn. jdi MBSA. kalo xmakan krg membazir plak. aku xsuka sgt membazir ni. ade plak tu kalo tbe2 ckap teringin nk makan tu.. tup2 nnt smpai la die bawak kn makanan. sweet kn? tpi tu la sejak kenal die ni mmg mcm belon je bdan kena pam2. haaaa. :( aku nak diet die plak xbgi. die kate makan je. haaaa. nnt xcntik krg jgan larik plak! haaa :(

tpi best tau sbb die ni btul2 manja kn aku sgt. pmpuan mane la xsuka kena mnja kn? hihihi. mcm mane la aku x meroyan smpai mcm ni. die ni baik sgt. smua aku nak die layan je. sian encik J. hee. satu la, die ni baik tu mmg la baik, tapi kalau bab nak menyakat aku tu haishhh mmg die la champion. smpai nanges aku die penah buat. ciss. tpi xpe la, syg pye psal haha. and die ni kuat sgt tau cmburu. yg ni mcm nak gelak pon ade. 'takde sape pon nak kacau saye la awak. lagi2 dah gemuk ni. keh3' and die ni jgak jnis xbgi kalo aku nak kluar jauh sgt tnpa famili or tnpa die. risau kate nye. org mgkin ckap die ni mcm kongkong. tpi aku rase mcm diri ni die protect. suka :)

"You annoy me more than I ever thought possible, but.. i want to spend every irritating minute with you."

tapi tu la. sejak2 die tukar keje baru ni die ni asik busy je. haaaaaa. part ni mmg xsuka!xsuka!xsuka! meeting la. training la. g opis la. haishhh. kalo keje lama tu ade je mase jgak nk kolling2. ni skrg ni kol time die balik keje, then time tu die penat die tido. so dgr die tido je la. haaaa. nnt die bgun tido nk g keje plak, aku plak time tido. haaaa xsuka!xsuka!xsuka! tu la org ckap plih antara duit atau masa. haa nak duit masa xde. nak masa duit plak xde. nasib la sbb nak kawen kn. haaaa skrg ni nak kawen duit kena byak. nak2 plak aku still study. xdpat nak kumpul sama2. sorry awak. nnt saye keje saye tlong awak tau. :) sayang awak sgt3!
insyaallah plan kawen ni lepas aku abes study. hee lagi cepat lagi bagus. lgipon xelok tunang lama2 kn? heee. doakn tau! :) nnt kalo dah konfirm nnt aku update hee :)

"To the world, you might be just one person, but to me, you are the world."
"You will never understand how much you mean to me."

"I love you not because of who you are, but because who I am when I'm with you."

dlm byak2 pic, yg ni plg aku suka sbb time ni awal2 sgt lagi ktorg kenal. time ni die tgah nervous lagi tu. tgok die peluh2 keh3. i love u so much encik J

~noralina razali~

Wednesday 14 September 2011

Bukan susah pon

Bukan susah nak amek hati perempuan...

Xpayah beg GUCCI, cukup skadar TANYA KHABAR setiap pagi pon dah buleh buat perempuan tersengih smpai ke telinge..

Xpayah jam GUESS, cukup dengan ungkapan 'SAYA SAYANG AWAK' pon dah leh buat hati perempuan berbunga2 setaman..

Xpayah kasut PRADA, cukup la cakap 'SAYA RINDU AWAK' dah buleh buat perempuan cair x tido malam..

Xpayah baju ZARA, cukup ungkapan 'SELAMAT MALAM' dah buleh buat perempuan bahagia sepanjang malam..

Xpayah minyak wangi DOLCE AND GABBANA, cukup dengan kejujuran hati dah buleh buat perempuan rasa diri nya orang yg paling bertuah di dunia..

Bukan susah sangat pon nak amek hati prempuan.. hanya lelaki yang benar2 ikhlas mampu melakukan nya..

~noralina razali~

Saturday 7 May 2011

Tanah, Air, Api, Angin...

Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.

Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas

  • Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

  • Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

  • Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

  • Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

p/s : Artikel ni ambil dari email utk dikongsi bersama, kebenarannya xdapat dipastikan.. Terima kasih.


~noralina razali~

Sunday 1 May 2011

entry suka2 aku gila!!X?!


Bile dengar orang tuh ada hajat nak nikah 2, terus dada aku sakit..
Dah lama aku tak rasa mcm ni.. Last dulu bila aku still ngn die.. Ini ke nama die cemburu? haiyaa.. gila aku mcm ni!

beza kan perasaan anda bila anda mendengar ini..

1. "............................... but, i love you.."
2. "I love you, but.................................."

Tgok, perkataan yg sama.. cuma di ubah kedudukan skit.. terus membawa makna yg lain kn.. haishhh..kesuk hati..
(Prempuan akan lebih gemar ganjil dari genap)

~noralina razali~

Sunday 24 April 2011

entry aku membebel.. blablabla..

haaaa..ni yang aku nak membebel ni.. aku tak suka la org yg mcm ni..dah banyak kali aku sabar.then kali ni mmg aku dah hilang sabar.. aku memang jahat pon.. so what?? ade ke aku kisah?? ahaha.. dah tuh sapa la suruh hang yg dok carik psal ngn aku dulu kn.. so kena la balik ape yg ko buat kat aku tuh.. aku pon buat balik kat ko lah.. skali dua aku diam kn diri jek.. kalo dah selalu sangat tuh faham2 la beb.. aku pon manusia juga.. aku jugak ade hak kesabaran ye.. aku bukan malaikat.. jangan sampai aku hilang respek kat ko.. tapi rasa mmg dah hilang jugak skit kot.. ahaha.. byak kali aku diam kn diri..tapi kali ni mmg aku dah meletop dah pon.. macam gunung berapi dah ni ha.. ahahaha.. so what.. dah ko tak reti nak jage perasaan aku.. so buat ape la aku nk jage perasaan ko kn.. betul x??betul x??betul x?? muahahaha.. >:))




HAISHHH!! HOT JE AKU RASA!!! GRRR~
~noralina razali~

Monday 18 April 2011

keajaiban perkataan 'maaf'...


Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.


Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.


Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.


Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.


Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah diastolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung rehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.


Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.



petik dari page orang.. dan tanam di page sendiri.. :p


~noralina razali~

Friday 15 April 2011

ketahui siapa diri kita..

Dulu nya kamu ialah air mani yang jijk..
Akan datang kamu akan menjadi bangkai yang busuk..
dan masa diantara dulu dan akan datang ini, kamu ialah manusia yang sentiasa membawa najis (tahi)..

siapa lah kita ni untuk menjadi bongkak?? kita semua sama sahaja..asal dari tanah yang dibawah..tak payah la nak sombong2 kn..sedikit muhasabah untuk sahabat2 yang dikasihi..:)


~noralina razali~