tekan untuk saya

Tuesday 15 June 2010

JERAWAT!!!!



JERAWATTT?? Arghhh tidak!!!! Jerawat atau bahasa kampung die 'acne'. Sering dikatakan musuh utama cik akak.. Ye ke? Tapi rasa nye macam musuh untuk cik abang je jgak.. Betul x?nghe~


Diantara asbab jerawat timbul :
  • Kadar hormon 'androgen' yang meningkat lebih2 lagi semasa baligh.
  • Keturunan.
  • Kadang2 sebab terlebih stress juga. Dia akan menyebabkan penghasilan minyak dan sebum dikulit bertambah.
  • Keadaan persekitaran yang berhabuk, berminyak, dan ber'bacteria'..
  • Alat2 make up, pakaian ketat yang menutup liang saluran minyak pada kulit.(Jaga-jaga kepade sape2 yang suke sangat pinjam baju adik mereka tu ye..)


Langkah mengatasinya :
  • Antara waktu wajib untuk mencuci muka : awal pagi dan sebelum tidur.
  • Kurangkan penggunaan minyak rambut dan basuh rambut selalu.
  • Gunakan pakaian yang ringan dan tidak ketat. :)
  • Elakkan stress @ tenangkan minda.
  • Amalkan pemakanan seimbang. Lebihkan sayur2an dan buah2an.
  • Kerapkan basuh tangan.
  • Gunakan krim anti jerawat yang tidak menutup liang. Ada 2 solution terbaik 'salicylic acid' atau 'benzoyl peroxide'. Cari ubat jerawat yg ada tulis antara 2 ni.
  • Guna pencuci muka yang lebih kepada air bukannya minyak.

Makna di sebalik posisi jerawat anda :

Dahi :
suhu badan yang tinggi, peredaran darah yang tidak baik, minda dan badan terlampau letih. Selalunya orang ini bersikap baran.

Hidung :
masalah pada tulang belakang, sistem panghadaman tidak normal, boleh juga dikaitkan dengan sistem peranakan.

Dagu :
fungsi buah pinggang atau sistem endocrine yang terjejas.

Pipi kiri :
berkaitan dengan hati.

Pipi kanan :
berkaitan paru-paru yang tidak berfungsi dengan baik.

Badan :
sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit.


Kesimpulannya, islam itu merangkumi semua.

1. Cuba fikir2 kan salah satu kebaikan islam menyuruh umatnya berpakaian longgar ni kan.. Macam yang dah nyatakan kat atas 'pakaian yang ketat akan menutup liang kulit kita'.. :)

2. Islam juga telah menetapkan solat wajib 5 kali sehari semalam, dan waktu nya telah ditetapkan oleh Allah dengan sgt baik dan teratur. Setiap kali sebelum solat kita wajib lah menyucikan diri terlebih dahulu dengan mengangkat wuduk. Rukun wuduk ke-2 telah jelas menyuruh kita meratakan air ke seluruh muka. Yang mana antara langkah2 mengatasi masalah jerawat ni tadi. :)

3. Islam juga telah mengajar kepada kita alunan ayat2 alQuran dan zikir2 munajat yang sememangnya menjadi penenang kepada hati. Agama Allah ini juga banyak menekan kan sifat bersabar dalam kehidupan yang mana boleh mengelakkan stress. :)

4. Kebersihan itu sebahagian dari iman. Ia sentiasa mengajar kita untuk mencintai kebersihan. Dan salah satu asas menjaga kebersihan ialah 'mencuci tangan'. :)




~tamat entry kali ini~

*sebenanya idea ni datang sebab sekarang ni muka memang tengah kaw2 je naik jerawat nie..haishhh..=_="*

jerawat oh jerawat..nape la tumbuh kat muka aku ni?nape x pergi je kat muka si pembaca entry ni..hehehe..jangan marah haaa...:p

~noralina razali~

2 comments:

  1. menyesal aku baca...rupenye di akhirnye ade sumpahan..huhh...tapi akupon same sbb musim2 pekse nih...tension2 biaselerrr...waktu2 esok nak pekse tulah dia nak tumbuh..tension betul aku..ilang sikit keyakinan diri nak pegi pekse..hahaha...mengade betull...

    ReplyDelete
  2. nghe~ tu bwah iklan jek..ahaha.. tahu xpe..
    stress la kate kn dgan buku yg bertimbun2 dan byak typing error tuh..:D
    tapi yg bab ilang keyakinan nk pegi peksa tu ade la sikit ngade..:p

    ReplyDelete